Saturday, February 19, 2011

Biznes is Biznes,..~

“Weyh, alaaa, kita kan kawan. Bagi la diskaun sikit or free ke. Sekali-sekala je kan. Lagipun ko kan dah kaya.” -Anonymously.

Dialog kat atas ni selalu terkena n berlaku kat sekitar kita. Apa yang korang rasa kalau korang kena macam ni? Mesti geram kan. Well at least kalau betul sekali-sekala je tak apa. Tak kisah la kan. Nama pun kawan. But in this situation, macam pengalaman-pengalaman Ann yang lepas bukan sekali-sekala je perkara ni berlaku, but it happens repeatedly. Plenty of times. Apa, ingat orang-orang yang berniaga macam Ann ni letak harga kat atas barang-barang jualan tu semua for ‘display only’ ke? Aiyooo~
But guys, jangan salah faham kat sini, Ann bukannya nak merungut n bukannya bermaksud tak ikhlas everytime Ann bagi diskaun ke or whatsoever tu. Ann Cuma nak korang fikir kejap, if you guys are in this situation, cuba korang bayangkan every time you ask for a discount or you want the item for free apa agaknya yang akan peniaga tu(your friend’s business la) dapat by selling it with lower price or just give it freely to you? Nama pun business kan, businessman/businesswoman like me of course la I want a profit although just a few from what we’re selling. But don’t worry guys, Ann tak bermaksudkan apa-apa kat sini. This is just a thought yang Ann saja nak share with you guys. No offence oke. Chill up. ^^,

touched by aNn.

Tuesday, February 15, 2011

14 Februari???~

ramai orang cakap 'aku benci Valentines Day ni, tak suka la, menyampah la, tak guna la n bla bla bla',..
(cakap je lebih padahal sambut juga sekaki)....tapi~

ape kita akan rasa kalau tiba2 pulak esok orang bangsa lain pula ckp macam tu pasal kita punya Maulidur Rasul or perayaan2 yang lain. mesti meluat kan. tapi korang jangan salah faham kat sini, Ann bukannya nak pertahankan pasal 14 feb ni oke. apa yang Ann nak sampaikan kat sini tak kisah la kita tak suka ke or menyampah ke or nak sampai benci sekali p0wn hari 'tu' tapi jangan la tunjukkan sangat,..coz tu kan perayaan diorang, apa diorang nak buat, lantak diorang la. dosa pahala tu semua urusan masing2. lagi p0wn kita semua ni kan masih waras n berakal tau bezakan yang mana baik kita ikotkan, yang tak elok pulak cuba2 la jauhkan tapi jangan la bila kita tak dapat nak larang kita pulak pergi join sekaki, parah la tu..so, senang cerita kat sini kalau kita nak orang hormat perayaan/sambutan/kepercayaan kita, kita kena buat perkara yang sama oke. 

by the way, korang p0wn dah tau yang hari tu tak elok n sebagainya, so jangan la ikot oke. dari korang asyik ingat hari tu hari kekasih, lebih baik kita ingat hari tu sempena memperingati Allahyarham Leftenan Adnan Saidin yang telah gugur demi mempertahankan tanah air tercinta yang kita pijak sekarang ni. apa yang telah beliau lakukan n korban demi negara. walaup0wn kita mungkin n harap2 tak berpeluang nak buat macam apa yang beliau dah sumbang, tapi kita boleh lakukan sesuatu demi negara kita dengan cara kiita sendiri. so, tak perlu la kita menghabiskan masa asyik bahaskan hal2 seperti hari kekasih tersebut sebab tu semua hanya sia2,..

mesej ni buat mengingatkan semula diri Ann n saudara/saudari Muslim semua....^^,

salah n silap minta maaf ye,...(*^ -^*)~






touched by aNn.

Wednesday, February 2, 2011

Teruja,...x_x"

Tadi ada terbaca sorang kawan ni post kat wall bout Datuk Seri Najib Tun Razak ada sent ucapan raya cina randomly kat rakyat Malaysia. Tetibe jadi excited terus buka mail n believe it or not Ann salah sorang yang dapat wish tu. Bagi sesetengah orang akan fikir whats d big deal dapat wish from PM. Kalau dapat duit ke orait juga la kan. But bagi Ann walaupun hanya dapat wish macam tu Ann still appreciate it especially dapat dari orang besar macam tu. We have to be proud of it right. N kata kawan Ann yang post kat tu memang betul tak kisah la apa orang nak cakap or jeles ke or whatever. Yang penting siapa yang dapat kira beruntung cos we will never know bila lagi kita akan dapat lagi macam tu. Walaupun sometimes Ann terfikir maybe bukan beliau sebenarnya yang sent. But who cares,..haha. By the way, siapa yang dapat tu CONGRATS!!!!

Tuesday, February 1, 2011

Prihatin + Bertanggungjawab~

Hari ni tibe2 berlaku suatu yang diluar jangkaan. Nak tau ape? Entah macam mana & bila masa pun Ann tak berape pasti, Ann tibe2 terdengar bunyi anak kucing sayup je datang dari arah 1 ruang kosong atas tandas. Dulu ruang tu tempat letak tangki air, tapi sejak tnagki dah dipindahkan ke luar rumah jadi ruang tu jadi kosong & mak just letak barang2 lama kat situ. Ann rase tak puas hati pergi la tengok, ambil tangga kat luar rumah then panjat kat tepi peti ais. dah la dengan cuma pakai tuala je masa tu. Nasib baek la tak terlucut kan. haha. Bila dapat je jenguk kat atas tu Ann terkejut rupa2nya sekor dari 5 ekor anak Cimie dah ada kat atas tu, you guys bayangkan la kalau tak tau tadi & tibe2 pulak anak Cimie terjatuh dalam ketinggian lebih kurang 3 meter tu. Agak2 apa boleh jadi? dapat agak kan. Ann nak cuba naik atas tempat tu tapi tangga xcukup tinggi pula.

Fikir punya fikir punya la fikir tiba2 si Cicot or mak panggil dia Putih datang dekat Ann & asyik ngiau je tak henti2. Ann ingatkan Cicot nak makan so Ann suruh dia duduk jauh2 Ann nak setelkan hal anak Cimie dulu tapi Cicot ni sambil ngiau sambil pandang ke arah tempat anak kucing tu. Then Ann terus terfikir why not hantar je putih kat atas & minta dia panggil adik dia tu. kalau ikut logik memang tak la kan, tapi tak salah juga untuk try kan. So, tak fikir panjang lagi Ann naikkan si Cicot tu. Die pandang Ann macam tergamam sekejap tak tu nak buat ape. Ann cakap kat dia " Cicot, pergi tengok adik tu. panggil dia datang sini boleh bawa turun". You wanna know what happen bila Ann suruh Cicot macam tu? dia terus pergi kat adik dia. Tapi dia pusing semula kat Ann. Ann ada terfikir juga macam mana die nk angkat adik die tu sedangkan dia mana tau nk kendong macam mak dia selalu buat. haha. Tapi bila dia pandang Ann terus die pusing balik, seems like kami baru je make connection about apa yang Ann fikir tadi.

Lastly Cicot agaknya teringat macam mana yang selalu dia buat masa kacau adik2 dia tu. Dia terus pergi dekat adik dia then dia usik kepalanya. apa lagi, adik dia kejar dia. Cicot pula tuju ke arah Ann. Ann pun cepat2 la tangkap takut terjatuh pula.

Cicot with his LiL bro..;p

Ann rase berbangga  & happy sangat dapat kucing macam Cicot. Memang sebelum2 ni pun Cicot banyak mambantu dalam mencari barang & latest sekali dia tolong Ann n Family cari Momoe mase hilang dulu tu. Selama Ann hidup tak pernah lagi Ann dapat kucing yang sehebat ni. Really proud of him. thats why tajuk kali ni agak skema 'Prihatin + Bertanggungjawab'....hahaha.~



touched by aNn.